KOTA KINABALU, 03 September - Pakar Patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir tampil memberi keterangan pada hari pertama prosiding inkues, yang bermula pukul 2.00 petang tadi, di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.
Saksi pertama, Dr Jessie Hiu, 58 tahun, merupakan seorang daripada empat pakar forensik yang melakukan autopsi ke atas remaja berusia 13 tahun itu di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada 10 Ogos lalu.
Mahkamah mengklasifikasikan keterangan pakar patologi, Dr Jessie Hiu yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir sebagai exhibit (bukti yang boleh diterima).
Kecederaan yang dialami Zara dijelaskan dengan merujuk kepada lebih 180 keping gambar bedah siasat sebagai bahan bukti.
Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar kira-kira pukul 4.00 pagi, 16 Julai.
BERITA BERKAITAN