fb fb fb fb fb

KPDN Kedah sita 4,000 liter diesel cuba diseludup ke Thailand

KPDN Kedah Menyita 4,000 liter minyak diesel di sebuah bangsal kosong yang terletak dalam kebun pisang di Kampung Kepala Kerbau, di Kubang Pasu / Foto RTM

KUBANG PASU, 9 Oktober – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menyita 4,000 liter minyak diesel yang cuba diseleweng dianggarkan bernilai RM11,800.00.

Serbuan dilakukan di sebuah bangsal kosong yang terletak dalam kebun pisang di Kampung Kepala Kerbau, di sini.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata dalam operasi tersebut, pihaknya turut merampas tiga unit tangki IBC, sembilan unit tong drum, dan peralatan yang digunakan untuk memindahkan barang kawalan, dengan nilai keseluruhan berjumlah RM13,150.00.

"Bekalan minyak diesel diperoleh dari stesen-stesen minyak berdekatan dan ditempatkan di lokasi tersebut sebelum diseludup ke negara jiran," katanya menerusi kenyataan.

Hasil siasatan dan risikan mendapati lokasi tersebut baru beroperasi kira-kira tiga minggu lalu.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN