fb fb fb fb fb

JKDM Kelantan patahkan cubaan edar tiga kilogram ganja

Dadah dibungkus tanpa nama dan alamat penuh pengirim

RANTAU PANJANG, 29 Februari- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan berjaya mematahkan cubaan mengedar tiga kilogram ganja bernilai lebih RM7,000 di sebuah pusat kurier barangan berdaftar di sini.

Pengarah JKDM Kelantan Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, berdasarkan operasi di salah sebuah pusat kurier barangan di sekitar Rantau Panjang pada 20 Februari lalu pasukan menemui satu bungkusan berdaftar mengandungi dua ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja.

Dadah terbabit disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan. 
 
"Modus operandi yang digunakan suspek ialah menggunakan perkhidmatan penghantaran kurier bagi mengedar dadah jenis itu tanpa meletakkan nama dan alamat penuh pengirim," katanya.
 
Bagaimanapun siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemilik terbabit. Kes akan disiasat bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI