PH siap siaga hadapi PRN Johor, Negeri Sembilan – PM

FOTO BERNAMA

PUCHONG, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) sedang memperkukuh persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbincangan dalam mesyuarat Biro Politik PKR mengenai perkembangan politik Johor dan keperluan memperkuat jentera parti.
  • Persiapan dipacu susulan pembubaran DUN Negeri Sembilan dan kemungkinan PRN Johor diadakan segera.
  • Anwar menyeru pimpinan kerajaan tumpu kepada ekonomi dan masalah rakyat, cadang beri tumpuan dua tiga bulan sebelum pilihan raya.
  • Anwar tidak mahu mencampuri urusan dalaman Perikatan Nasional berkaitan cadangan PN Plus.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam, termasuk perkembangan politik di Johor serta keperluan memperkuat jentera parti.

Menurut beliau, persiapan pilihan raya kini digerakkan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, selain kemungkinan PRN Johor diadakan dalam masa terdekat.

“Setakat laporan semalam, kita buat sedaya upaya walaupun untuk Johor itu notisnya singkat.

“Pada masa itu, saya menyeru rakan-rakan dalam pimpinan kerajaan supaya tumpu kepada soal ekonomi dan masalah rakyat.

“Kita ada masa, biar tumpu dua tiga bulan ini untuk betul-betul pulihkan balik, kemudian barulah pilihan raya. Tapi kerana Johor mahu segera, maka kita perlu lalui,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Meranti, di sini.

Mengulas cadangan Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerjasama politik lebih luas menerusi pendekatan PN Plus (PN+), Datuk Seri Anwar secara ringkas berkata, beliau tidak mahu mencampuri urusan dalaman gabungan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.