fb fb fb fb fb

Jenazah mangsa tembak Sungai Golok, selamat dikebumikan

Foto RTM

PASIR MAS, 2 November - Jenazah mangsa tembak di pekan Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, semalam selamat dikebumikan.

Jenazah Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam, Apam Putra di sini, pada 2.30 petang tadi.

Kira-kira seratus orang memberi penghormatan terakhir.

Jenazah Mohd Fuad Fahmi, terdahulu disolatkan di Masjid Kubur Besar, Sungai Golok sebelum dibawa pulang ke rumahnya. 

Sementara itu, isteri mangsa, Wan Fatihah Mat Husin, 35 tahun memaklumkan, insiden berlaku ketika mangsa sedang memasang kamera litar tertutup, (CCTV) di rumah mereka.

"Tiba-tiba dua individu telah melepaskan tembakan, menyebabkan suami terus rebah.

“Saya segera memeluknya, namun suspek terus melepaskan tembakan hingga kehabisan peluru, dan meninggalkan sepucuk pistol sebelum melarikan diri,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Golok pada pukul 9 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan kejadian berkenaan.

FAUZIAH ABD RAHMAN