fb fb fb fb fb

Imigresen serbu Abdullah Hukum, lebih 500 PATI ditahan

PATI yang ditahan merupakan warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Filipina dan Nepal.

KUALA LUMPUR, 30 Disember-Seramai 567 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di Pangsapuri Abdullah Hukum, Kuala Lumpur.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata PATI yang ditahan merupakan warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar, Filipina dan Nepal.

Antara kesalahan dikesan ialah tidak mempunyai pas atau permit yang sah, tinggal melebihi tempoh masa dan memiliki dokumen perjalanan palsu.

"Dalam operasi ini ada beberapa insiden yang berlaku, salah satu yang kita nak tangkap itu terjun daripada tingkat dua tetapi alhamdulilah tiada kecederaan berlaku dan satu lagi ada cubaan untuk lari lompat panggar dan hasil daripada kerjasama penduduk setempat kita dapat tangkap dia, di luar kawasan ini," kata Syamsul kepada pemberita di Pangsapuri Abdullah Hukum di sini.

Tambahnya, tindakan akan diambil kepada pemilik rumah sekiranya didapati bersalah memberi sewa kepada PATI.

Kesemua tahanan bersalah akan ditempatkan di Depot Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan selanjutnya.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM