Tiga pelajar lelaki ditahan terlibat kejadian buli di Ampang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Polis menahan tiga pelajar lelaki sekolah menengah kerana disyaki memukul seorang pelajar lain di sebuah flat di Ampang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dibawa ke bawah tangga sebuah blok di Flat Sri Nilam, Ampang sebelum dipukul di muka dan badan.
  • Motif dipercayai kerana mengganggu teman wanita salah seorang suspek.
  • Kejadian dirakam oleh seorang pelajar dan video disebarkan ke kumpulan WhatsApp.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan 507B Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairul Anuar Khalid berkata dalam kejadian 12.31 tengah hari semalam, mangsa telah dibawa ke bawah tangga sebuah blok di Flat Sri Nilam, Ampang oleh seorang pelajar lelaki sebelum dipukul di bahagian muka dan badan oleh suspek.

“Motif kejadian dipercayai kerana mengganggu teman wanita seorang daripada suspek, kejadian kemudian dirakam oleh seorang pelajar lelaki dan disebarkan ke dalam kumpulan WhatsApp,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

ACP Khairul Anuar bekata ketiga-tiga remaja itu telah ditahan petang tadi dan kes disiasat mengikut Seksyen 147/507B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, video berdurasi 3 minit 29 saat memaparkan seorang pelajar lelaki dipukul pelajar lain tular di media sosial, sambil dirakam oleh individu lain. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.