ALOR SETAR, 4 Januari- Dua lelaki ditangkap oleh pasukan Ronda Cegah Jenayah Balai Polis Kota Sarang Semut yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di sekitar Kuala Sala.
Tangkapan dilakukan secara berasingan sekitar jam 1.45 petang dan 2.00 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata hasil pemeriksaan menjumpai sejumlah bahan dipercayai dadah dan sejumlah wang tunai dalam milikan kedua-dua suspek.
Selain itu semakan lanjut juga mendapati kedua- duanya adalah individu dikehendaki polis atas kesalahan dadah.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati, masing-masing yang berusia 33 dan 40 tahun positif dadah jenis methamphetamine.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta yang sama.