DESARU, 31 Mac- Akibat sering terpalit dengan pertikaian penjurian wasit, sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) akan diperkenal dalam acara silat di Sukan Sea Hanoi, Vietnam 2022.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, penggunaan VAR dalam acara silat telah dipersetujui oleh semua negara ahli Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT).
Jelas beliau, sistem berkenaan diperlukan bagi membantu wasit membuat pemarkahan ketika pertarungan berlangsung, sekaligus memastikan ketelusan dan keadilan dalam setiap acara silat yang di pertandingkan.
"Saya secara peribadi merasakan keputusan yang macam dahulu mungkin akan berkurangan sebab menggunakan sistem yang baharu ini.
Juri tidak boleh terlalu memilih kasih sebab akhirnya apabila dua juri membuat pengesahan, barulah markah itu dikira," katanya.
(Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Presiden PESAKA)
Malaysia bakal menurunkan 22 atlet ke sukan dwitahunan itu yang dijadual berlangsung dari 12 hingga 23 Mei depan.