SPRM selesai rakam percakapan bekas CFO

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai merakam percakapan bekas ketua pegawai kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bekas CFO dipanggil bantu siasatan dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.
  • Sesi rakaman adalah hari keempat dan terakhir, bermula Selasa lalu.
  • Rakaman pada hari keempat bermula pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 6.30 petang.
  • SPRM menahan individu berusia 60 tahun bersama bekas CEO selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman dalam kenyataan memaklumkan, individu berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa pembelian saham dua buah syarikat perladangan bernilai kira-kira RM370 juta.

“Hari ini adalah hari keempat dan terakhir SPRM merakam percakapan bekas pegawai kanan tersebut yang telah bermula selasa lalu,” menurut kenyataan itu.

Sesi rakaman percakapan pada hari keempat itu bermula pukul 9.00 pagi tadi dan berakhir pada 6.30 petang.

Sebelum ini, SPRM menahan individu berusia 60 tahun itu bersama-sama bekas ketua pegawai eksekutif syarikat terbabit selepas mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Selasa lepas.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.