fb fb fb fb fb

'Sesat di Kuala Lumpur' lebih 50 karya perjalanan seni M Nasir

Poster Sesat di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 16 Jun - Dari lagu ke seni visual.

Pameran SESAT DI KUALA LUMPUR, Lagunya Begini, Tampaknya Begitu...M.Nasir menampilkan perspektif unik karya seni yang membawa pengunjung menyelami dunia artis versatil, Datuk M. Nasir yang telah berkecimpung selama 45 tahun dalam industri seni tanah air.

Datuk M. Nasir ditemui dalam majlis pelancaran pameran 'Sesat Di Kuala Lumpur' di galeri Putih baru-baru ini menjelaskan kesemua karya yang dipamerkan menarik perhatiannya namun hasil seni '73 pintu' lebih istimewa di hati komposer dan penyanyi itu.

Pameran yang berlangsung dari 8 hingga 30 Jun itu memberikan pengalaman luar biasa melalui lebih 50 karya termasuk seni tampak dan fotografi.

Selain Datuk M. Nasir dengan dua karyanya, pameran itu turut disertai Rafiee Ghani, Ahmad Fuad Osman, Masnoor Ramli, Abdullahjones, Samsuddin Wahab, Stephen Menon, Najib Bamadhaj, Shafiq Nordin, Hisyamuddin Abdullah, Kide Baharudin, dan Ika Sharom.

GRACE AISYAH KEDAYAN