FOTO AFP
PARIS, 24 Januari- Pereka Perancis, Thierry Mugler yang menakluki dunia fesyen Paris pada tahun 1980-an, meninggal dunia pada Ahad.
Menurut ejenya, Jean-Baptiste Rougeot, Mugler meninggal dunia akibat sakit tua pada usia 73 tahun.
“Kami dengan bersedih hati mengumumkan kematian Mr. Manfred Thierry Mugler pada Ahad, 23 Januari 2002,” menurut status Facebook di akaun rasmi pereka berkenaan.
Jelas Rougeot, pereka itu sepatutnya mengumumkan kerjasama baharu awal minggu ini.
Mugler terkenal dengan koleksi berani dan moden pada eranya; sehingga mampu bertahan berdekad lamanya.
Berasal daripada keluarga sederhana di Strasbourgh, pada usia 14 tahun Mugler mula tampil di Opera Nasional Rhine. Pada masa sama menyelesaikan kursus melukis di ‘Strasbourg School of Decorative Arts’.
Keputusan berpindah ke Paris pada tahun 1968, ketika itu berusia 20 tahun membolehkan kerjayanya terus berkembang.
Tampil dengan rekaan tersendiri, berani dan moden selaras perkembangan dunia fesyen membolehkan koleksinya terus mencipta nama dalam dunia fesyen.
Koleksi peribadi pertama Mugler muncul pada tahun 1973.
Pada tahun 1974, pengenalan jenama Thierry Mugler, membolehkan legenda fesyen itu terus memuncak.
Mugler turut mengembangkan koleksi untuk rumah fesyen dari Barcelona, Paris, Milan dan London.
Antara artis terkenal yang pernah menggunakan khidmatnya ialah Beyonce, Lady Gaga dan Kim Kardashian. -AFP