fb fb fb fb fb

MPFL 2022: Pahang Rangers FC terus ekori rapat Selangor MAC

KUALA LUMPUR, 28 Februari- Menghampiri penghujung saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) 2022, Skuad Pahang Rangers berjaya merapatkan jurang mata apabila hanya dibezakan dengan satu gol terhadap Selangor MAC.

Pesta gol Pahang bermula pada minit ke-5 hasil ledakan Abu Haniffa disusuli Mahadir Harahap, empat minit kemudian.

Mohd Ridzwan Bakri memastikan pasukannya selesa dengan 3-0 menuju masa rehat.

Mohd Ridzwan sekali lagi meledak gol, tiga minit selepas babak kedua berlangsung.

Gol sagu hati Terengganu pula dijaringkan Syed Shahrul Niezam di penghujung babak.

Ini adalah kemenangan kelima berturut-turut dilakar oleh Pahang.

Dalam satu lagi aksi, jaringan tunggal Muhammad Ariff Zainudin pada minit ke-18 sudah cukup memberikan tiga mata berharga buat Shah Alam City.

Kejayaan itu membolehkan pasukan menghambat Pulau Pinang di tangga ke-6 liga dengan 17 mata dipisahkan hanya dengan jaringan gol.

Sementara itu, pertemuan pertama antara Negeri Sembilan dan TRW Kelantan FC berakhir dengan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata.

Habibi Sultan terlebih dahulu membuka jaringan buat Kelantan sebelum Muhammad Asyraff Abdul Jalal menyamakan kedudukan.

A.Kisshaen berjaya menggembirakan pasukannya apabila meledak gol pada minit ke-38.

Namun Imran Syamim berjaya memadamkan kelebihan berkenaan dua minit kemudian.

Media Baharu