fb fb fb fb fb

Lata Mangeshkar dimasukkan ke ICU selepas disahkan positif COVID-19


FOTO AFP

MUMBAI, 13 Januari - Penyanyi legenda Bollywood, Lata Mangeshkar dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Mumbai selepas disahkan positif COVID-19.

Ikon pementasan Hindi berusia 92 tahun itu mengalami radang paru-paru akibat jangkitan COVID-19 dan kini berada dalam pemantauan di ICU.

"Mangeshkar akan terus menerima rawatan di wad ICU di bawah pemerhatian selama 10 hingga 12 hari," kata doktor yang merawatnya.

Legenda itu pernah menerima rawatan di hospital yang sama akibat jangkitan dada dan masalah pernafasan pada November 2019.

Mangeshkar telah menyanyikan beribu lagu dalam pelbagai bahasa, termasuk Hindi, Marathi dan Benggali, sepanjang kerjayanya yang telah menjangkau tujuh dekad.

Beliau pernah menerima beberapa anugerah kebangsaan India, termasuk anugerah penghormatan awam tertinggi ‘Bharat Ratna’.

 

Media Baharu