JPM Hal Ehwal Agama sokong pindaan Akta 333, pesalah wajar bayar pampasan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 19 Julai – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh keputusan Jemaah Menteri meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333] bagi mewajibkan pesalah membayar pampasan kepada mangsa kemalangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Pengangkutan bertindak tegas; JPM memuji ketepatan pendekatan itu.
  • Pesalah jalan raya, terutama pemandu mabuk dan khayal, perlu dipertanggungjawabkan sepenuhnya dari segi kewangan bagi membela waris mangsa.
  • Langkah ini selari usaha JPM meneliti mekanisme diyat bersama barisan mufti dan pakar perundangan sejak 11 Februari.
  • JPM sedia sumbang kepakaran bagi mekanisme adil dan kalis loophole; pindaan mandatori beri amaran keras dan percepat keadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan dalam satu kenyataan memberitahu ketegasan Kementerian Pengangkutan dalam isu berkenaan amat tepat.

“Pesalah jalan raya, terutamanya pemandu mabuk dan khayal akibat dadah; tidak boleh dibiarkan terlepas sekadar dengan hukuman penjara dan denda, sebaliknya wajar dipertanggungjawabkan sepenuhnya secara kewangan demi membela nasib waris mangsa.

“Di samping itu, langkah perundangan itu juga selari dengan usaha yang sedang JPM (Hal Ehwal Agama) gerakkan dalam meneliti pelaksanaan mekanisme ‘diyat’ (pampasan berasaskan Syariah) bersama barisan mufti dan pakar perundangan sejak 11 Februari lalu,” katanya.

Pihaknya juga sedia menyumbang kepakaran bagi memastikan penggubalan mekanisme pampasan mahkamah itu bersifat adil, kalis kelompangan (‘loophole’), dan mampu memberikan perlindungan hak kepada keluarga mangsa yang kehilangan tempat bergantung.

Pindaan mandatori itu turut menjadi amaran keras bahawa undang-undang tidak lagi akan bertoleransi dengan pembunuh di jalan raya, sekali gus memastikan keadilan buat mangsa ditegakkan dengan pantas tanpa perlu melalui proses sivil yang berlarutan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.