
KANSAS, 19 Julai – Pemenang perlawanan akhir Piala Dunia 2026 bakal menerima cincin kejuaraan selain trofi dan pingat emas.
- 30 cincin akan dianugerahkan kepada anggota pasukan; kapten dan ketua jurulatih menerima versi sementara segera selepas perlawanan.
- Cincin akan diubah suai bagi mencerminkan identiti pasukan dan diukur mengikut saiz individu sebelum penyerahan rasmi.
- Satu sisi memaparkan imej trofi Piala Dunia, manakala sisi bertentangan memuatkan butiran khusus mengenai pasukan juara.
- Koleksi terhad: 2,026 cincin bernombor untuk kejohanan; 1,996 lagi dibuka untuk jualan rasmi. Ia pertama kali dalam kejohanan FIFA.
Cincin berkenaan akan dihadiahkan kepada juara selepas perlawanan akhir Piala Dunia yang menyaksikan juara bertahan, Argentina menentang Sepanyol Isnin ini.
30 bentuk cincin akan dianugerahkan kepada anggota pasukan yang menang dengan kapten dan ketua jurulatih akan menerima versi sementara terlebih dahulu sejurus selepas perlawanan tamat.
Cincin berkenaan kemudiannya akan diubah suai bagi mencerminkan identiti pasukan yang menang dan diukur mengikut saiz individu sebelum diserahkan pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.
Satu daripada sisi cincin tersebut akan memaparkan imej trofi Piala Dunia, manakala sisi bertentangan pula akan memuatkan butiran khusus mengenai pasukan juara.
Cincin tersebut merupakan sebahagian daripada koleksi terhad.
Sebanyak 2,026 bentuk cincin bernombor individu untuk memperingati kejohanan 2026.
Manakala baki 1,996 unit lagi akan dibuka untuk jualan kepada peminat di seluruh dunia sebagai produk berlesen rasmi.
Cincin kejuaraan merupakan tradisi dalam sukan utama di Amerika Utara, termasuk NFL, NBA, Major League Baseball (MLB) dan NHL.
Namun ia tidak pernah dianugerahkan dalam mana-mana kejohanan anjuran FIFA sebelum ini. – REUTERS