fb fb fb fb fb

Konsert Malam Irama Jiwa, hiburan malam minggu

Raja Azura

KUALA LUMPUR, 18 Ogos- Konsert Malam Irama Jiwa yang dijayakan Hiburan TV RTM mengangkat tema berbeza bagi menampilkan kelainan setiap kali persembahan.

Menurut pelakon, penyanyi dan pengacara pada malam 'Konsert Malam Irama Jiwa' Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku, berkata konsert malam minggu itu mempunyai keunikan tersendiri.

"Apa yang saya nampak hari ini penyanyi-penyanyi baru diberi peluang untuk menyanyikan lagu luar daripada kebiasaan seperti Seri Mersing.

"...Amer Sofazr pun namak berusaha untuk menyanyikan lagu, tetapi sekurang-kurangnya mereka diberi peluang untuk mencuba. Saya sangat suka, sebab sekiranya tidak diberikan peluang bila lagi anak-anak seni ini ingin mencuba sesuatu yang berbeza," kata Raja Azura di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, di sini.

1808 RTM MALAM IRAMA JIWA 2Sha Anje

Bagi pendatang muda yang juga merupakan graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sha Anje, menyifatkan keupayaan menguasai irama tradisional akan memudahkan penyanyi untuk menyanyikan lagu berirama lain.

"Irama tradisional ini memberikan kelebihan kepada penyanyi, kerana sekiranya mampu menguasai irama tradisional maka ia akan memudahkan mereka untuk menyanyikan irama lain.

"Jadi saya juga berminat untuk mendalami irama tradisional dan mempelajari untuk menyampaikan lagu irama tradisional ini," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu menurut Penerbit Program Hiburan TV RTM Siti Fairuz Ghazali, RTM sentiasa memberikan peluang kepada artis-artis tempatan dalam menghiburkan peminat.

Konsert Malam Irama Jiwa menampilkan sembilan artis berbeza peringkat umur dan pelbagai genre tetapi disatukan dalam satu irama jiwa.

Artis yang terlibat pada konsert pada konsert berkenaan ialah Datuk Ramli Sarip , Datuk Andre Goh, Ramlah Ram, Syura, Haziq Rosebi, Naqiu, Ameer Sofazr, Hazra Dollah dan Sha Nje.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI