SHAH ALAM, 16 Mac - Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) terus melebar sayap dengan membuka peluang berniaga di Singapura dan Brunei untuk 120 ahlinya.
Presiden GTAS Anne Abdullah berkata, kerjasama dengan beberapa badan kerajaan juga memudahkan ahlinya bagi memperkenal produk jualan ke luar negara.
Jelas Anne, sejak ditubuhkan 10 tahun lepas, GTAS proaktif membantu golongan artis terpinggir untuk menjadi usahawan berjaya.
"Kita yang buka ruang dan peluang untuk mereka apabila mereka sudah pandai dan ada sambungan, dan maksudya kita banyak buka ruang dan peluang untuk artis berniaga.
"Di Malaysia ini artis lama semakin lama orang dah mula lupa, jadi apa yang kita buat untuk bantu mereka jana pendapatan. Jadi ini platform mereka untuk berniaga," kata Anne.
Beliau ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa GTAS bersama anak yatim, di sini, sambil menambah lebih 60 ahli GTAS yang susah telah dibantu.