NATO tembak jatuh dron ceroboh ruang udara Lithuania

Foto Reuters

VILNIUS, 15 September – Jet pejuang NATO menembak jatuh sebuah dron yang menceroboh ruang udara Lithuania, menurut Presiden negara itu, Gitanas Nauseda.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dron dilaporkan terhempas di kawasan luar bandar berhampiran Tasik Kaunas, menurut Pusat Pengurusan Krisis Kebangsaan.
  • Menteri Luar Kestutis Budrys mengucapkan terima kasih kepada sekutu NATO atas bantuan melindungi ruang udara dan memperkukuh keselamatan.
  • Kesiapsiagaan NATO dianggap penting susulan peningkatan agresif Rusia terhadap Ukraine.
  • Lithuania, Latvia dan Estonia kerap melaporkan pencerobohan dron sejak konflik Rusia terhadap Ukraine; Mei lalu NATO menembak jatuh dron di Estonia.

Nauseda menerusi hantaran di X berkata, dron berkenaan berjaya dimusnahkan sebaik memasuki ruang udara Lithuania.

Beliau berkata, kesiapsiagaan NATO amat penting bagi rantau berkenaan susulan peningkatan agresif Rusia terhadap Ukraine.

Menurut radio awam Lithuania, LRT yang memetik Pusat Pengurusan Krisis Kebangsaan (NKVC), dron itu terhempas di kawasan luar bandar berhampiran Tasik Kaunas di tengah Lithuania.

Menteri Luar Lithuania, Kestutis Budrys turut mengucapkan terima kasih kepada sekutu NATO yang membantu melindungi ruang udara serta memperkukuh keselamatan negara.

Insiden itu berlaku ketika Lithuania, Latvia dan Estonia, yang merupakan anggota NATO dan bersempadan dengan Rusia, kerap melaporkan pencerobohan dron ke ruang udara masing-masing susulan konflik Rusia-Ukraine.

Pada Mei lalu, jet pejuang NATO turut menembak jatuh sebuah dron Ukraine di ruang udara Estonia, yang merupakan pemintasan pertama dron asing oleh rondaan udara NATO di negara Baltik sejak Rusia melancarkan pencerobohan besar-besaran terhadap Ukraine pada 2022.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.