fb fb fb fb fb

Filem 'GAME OF LIFE', inspirasi kisah hidup Soloz

Foto FB Eddy Yap

KUALA LUMPUR, 7 April- Pengarah, Syafiq Yusof akan tampil dengan filem terbaharu bertajuk 'GAME OF LIFE'.

Menurut Syafiq, ia diinspirasi daripada kisah pemain e-sukan terkemuka negara, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz.

Penggambaran, dijadual bermula Jun ini.

"Sebagai seorang pengarah kita harus buat sebaik mungkin sedaya upaya kita kerana zaman sekarang sangat kompetitif.

"Jadi kita harus tunjukkan kita juga mampu menghasilkan filem yang berkualiti.

"Sebagai seorang pengarah, tugas saya sebagai rakyat Malaysia bangga dengan filem Malaysia sendiri," katanya kepada pemberita di sini.

Filem terbitan Key Billions itu dibintangi Hun Haqeem, Ikmal Amry, Jaa Suzuran, Jiha Sham dan Hafeez Mikail.

Ia dijangka berada di pawagam mulai Januari tahun depan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM