fb fb fb fb fb

Fasha Sandha utamakan pengalaman, ilmu lakonan

(Pelakon, Fasha Sandha sanggup mengetepikan soal bayaran demiĀ  pengalaman dan ilmu lakonan.)

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Pelakon, Fasha Sandha sanggup mengetepikan soal bayaran demi pengalaman dan ilmu lakonan.

Menurut pelakon berusia 39 tahun itu, ia juga sebagai bukti minat yang mendalam terhadap karier seninya.

"Seperti yang saya cakap tadi, ada kita buat kerana duit, ada yang kita buat kerana minat kita dan saya tidak begitu kalau saya rasa ini bekerja dengan orang lama kita dapat menimba ilmu, jadi kita buat.

"Bayaran ini sebenarnya very subjective (amat subjektifsetiap orang akan menjaga rate (kadar) masing-masing dan kita berkerja mengikut bajet penerbit tersebut dan semestinya kita kena fikir banyak perkara sebelum mengambil sesuatu projek tetapi bila penerbit itu kata minta tolong, jadi mana tahu hari ini kita tolong dia, esok dia tolong kita," kata Fasha kepada pemberita di sini.

Fasha bakal tampil dalam filem terbaharu Cerana Biduk Bu Merah yang akan ditayangkan esok.

Selain Fasha, Wan Hanafi dan Pekin, filem itu turut dibintangi Badrul Muhayat, Sara Daewoo dan Pyan Kepoh.

rtm
(Pelakon, Fasha Sandha sanggup mengetepikan soal bayaran demi  pengalaman dan ilmu lakonan.)

Media Baharu