fb fb fb fb fb

Drama Enjoy Your Stay, angkat budaya masyarakat Sarawak

Ia mula ditayang hujung Januari lalu di TV2 pada setiap hari Rabu.

KUALA LUMPUR, 3 Februari- Drama komedi santai 13 episod 'Enjoy Your Stay' merupakan karya Unit Drama TV RTM pertama tahun ini.

Menurut Pengarahnya, Ikhsan Sukiman, drama tersebut mengetengahkan elemen pelbagai budaya khususnya di negeri Sarawak.

"Apa yang kami cuba sampaikan sebenarnya ialah kami mahu mengangkat industri pelancongan dan perhotelan di Sarawak, seperti mana lokasi yang kami rakam adalah di kawasan Santubong.

"Jadi kami mahu mengangkat itu dan kita juga mahu mengetengahkan lagi elemen budaya masyarakat Sarawak," kata Ikhsan kepada pemberita di sini.

Drama berkenaan dibintangi Harris Alif, Azam Pitt, Risteena Munim, Sangeeta Krishnasamy, Ruby Ooi dan pempengaruh Aisar Khaledd.

Ia mula ditayang hujung Januari lalu di TV2 pada setiap hari Rabu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM