WHO rayu dana tambahan tangani Ebola di Congo

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus

KINSHASA, 29 Mei – Usaha membendung penularan wabak Ebola di Republik Demokratik Congo (DRC) terhalang disebabkan konflik, perpindahan penduduk, serta rasa tidak yakin masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penularan Ebola terhalang oleh konflik, perpindahan penduduk, ketidakpercayaan komuniti, keadaan tidak selamat dan kekurangan makanan.
  • WHO menggesa gencatan senjata dan pembiayaan antarabangsa dipertingkat; hanya satu pertiga bantuan diperlukan diterima, kekurangan petugas kesihatan menghalang tindak balas.
  • WHO mempercepat ujian klinikal bagi vaksin dan rawatan eksperimen, termasuk maftivimab dan remdesivir; calon vaksin memerlukan beberapa bulan.

Perkara itu dinyatakan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus sejurus tiba di sini pada Khamis bagi menyelaras tindak balas terhadap wabak Ebola di negara Afrika itu.

Ketika bercakap kepada pemberita, Dr Tedros menyifatkan wabak tersebut sebagai sangat kompleks.

Beliau turut menggesa agar gencatan senjata dilaksanakan dan pembiayaan antarabangsa dipertingkat, sambil menegaskan keadaan tidak selamat, serta kekurangan makanan menyukarkan usaha tindak balas.

“Hanya kira-kira satu pertiga daripada bantuan yang diperlukan telah diterima. Tanpa petugas kesihatan, amat sukar untuk membantu orang lain,” katanya.

Menurut Dr Tedros, beliau akan ke bandar Bunia di timur DRC bagi menilai keadaan semasa, ketika WHO bekerjasama dengan rakan-rakan bagi mempercepat ujian klinikal untuk vaksin dan rawatan yang sedang dibangunkan, yang dijangka mengambil masa beberapa bulan sebelum boleh digunakan.

Antara pilihan rawatan eksperimen yang sedang dinilai ialah terapi keluaran Regeneron, iaitu maftivimab dan remdesivir keluaran Gilead Sciences, manakala calon vaksin masih memerlukan beberapa bulan sebelum memasuki fasa ujian.

“WHO tidak mengesyorkan larangan perjalanan kerana langkah itu hanya memberi manfaat terhad dalam usaha membendung penularan penyakit,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.