PBB kecam kematian orang awam Lubnan, gesa Israel hentikan serangan

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric

NEW YORK, 29 Mei – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam berhubung konflik bersenjata di Lubnan, termasuk serangan Israel di selatan Beirut serta serangan yang diperhebat terhadap sasaran yang didakwa milik Hizbullah di kawasan operasi Pasukan Interim PBB di Lubnan (UNIFIL).

RINGKASAN BERITA AI
  • PBB menggesa semua pihak hormati gencatan senjata, hentikan serangan, dan lindungi orang awam serta infrastruktur awam.
  • UNIFIL melaporkan kira-kira 670 trajektori peluru pada 27 Mei, jumlah tertinggi sejak gencatan senjata 17 April.
  • Misi pengaman mengesan aktiviti ketenteraan Israel berterusan termasuk pergerakan kenderaan berperisai, kerja kejuruteraan, trafik logistik dan serangan udara.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Stephane Dujarric berkata, badan dunia itu juga khuatir dengan laporan mengenai pencerobohan darat Israel di utara Sungai Litani.

Beliau menggesa semua pihak supaya menghormati gencatan senjata yang dipersetujui, menghentikan serangan, serta melindungi orang awam dan infrastruktur awam, sambil mengecam keganasan yang meragut nyawa orang awam.

UNIFIL melaporkan kira-kira 670 trajektori peluru pada 27 Mei – jumlah tertinggi sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 17 April.

Misi pengaman itu turut mengesan aktiviti ketenteraan Israel yang berterusan, termasuk pergerakan kenderaan berperisai, kerja-kerja kejuruteraan, trafik logistik dan serangan udara.

Menurut PBB, arahan pemindahan baharu yang dikeluarkan oleh rejim Zionis telah menjejaskan ratusan ribu penduduk, ketika pusat perlindungan di Tyre dan Saida sudah penuh. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.