Tujuh maut, 554 hilang selepas tanah runtuh di pelabuhan sempadan Tibet, China

Foto Reuters

LHASA, 29 Ogos – Tujuh orang terkorban dan 554 lagi masih hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda Pelabuhan Gyirong di sepanjang sempadan China-Nepal, di Wilayah Autonomi Xizang (Tibet), barat daya China.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua penduduk tempatan diselamatkan setakat 1 pagi Sabtu.
  • 2,141 anggota penyelamat dan 86 pakar dikerahkan ke kawasan bencana.
  • Pemeriksaan risiko geologi diperhebat menggunakan peralatan khusus di cerun, jalan raya dan zon kritikal.
  • Pos pemantauan lima anggota ditubuhkan untuk memantau tasik empangan dan mengawasi bencana susulan.

Dua penduduk tempatan telah diselamatkan setakat 1 pagi Sabtu, lapor Xinhua memetik jabatan pengurusan kecemasan wilayah itu,

Sebanyak 2,141 anggota penyelamat serta 86 pakar daripada bidang sumber asli dan bidang berkaitan telah dikerahkan ke kawasan bencana tersebut.

Berbekalkan peralatan khusus, mereka telah mempergiat pemeriksaan terhadap risiko geologi di kawasan cerun, jalan raya dan zon kritikal lain di sekitarnya.

Sebuah pos pemantauan yang dianggotai lima orang ditubuhkan bagi memantau tasik empangan secara berterusan serta mengawasi kemungkinan berlakunya bencana susulan.

Selain itu, laluan jalan raya sepanjang 1.02 kilometer telah dibersihkan dan dibuka semula untuk lalu lintas.

Kejadian tanah runtuh, yang bermula di bahagian wilayah Nepal, melanda Pelabuhan Gyirong di Kaunti Gyirong, Xizang pada pagi Rabu.- BERNAMA-XINHUA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.