Trump umum gecatan senjata tiga hari antara Rusia-Ukraine

Pengumuman gencatan senjata Rusia-Ukraine di media sosial Truth/Foto Reuters

NEW YORK, 9 Mei – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan di media sosial Truth gencatan senjata selama tiga hari antara Rusia dan Ukraine bermula hari ini (9 Mei hingga Isnin (11 Mei).

RINGKASAN BERITA AI
  • Moscow dan Kyiv saling menuduh melanggar gencatan senjata sebelumnya.
  • Gencatan termasuk penggantungan semua aktiviti kinetik dan pertukaran 1,000 tahanan perang kedua-dua negara.
  • Trump berharap gencatan itu menjadi permulaan untuk mengakhiri perang yang sangat panjang dan membawa maut.
  • Beliau berkata terdapat kemajuan berterusan dalam rundingan kedua-dua belah pihak untuk menamatkan konflik.

Sebelum ini, Moscow dan Kyiv menuduh satu sama lain melanggar gencatan senjata yang diisytiharkan oleh kedua-dua pihak secara berasingan.

Trump berkata, bahawa gencatan senjata tersebut akan merangkumi penggantungan semua aktiviti kinetik dan juga pertukaran seramai 1,000 tahan perang kekdua-dua negara.

”Saya berharap ia (gencatan senjata) merupkakan permulaan kepada berakhirnya perang yang sangat panjang, membawa maut, dan sukar,” katanya.

Beliau menambah, terdapat kemajuan berterusan dalam rundingan kedua-dua belah pihak untuk menamatkan konflik tersebut.-Reuters