
JAKARTA, 9 Mei – Indonesia melaporkan dua kes disyaki hantavirus di Jakarta dan Yogyakarta di tengah kebimbangan mengenai penularan yang dikaitkan dengan kapal persiaran MV Hondius, menurut kementerian kesihatan negara itu pada Jumaat.
RINGKASAN BERITA AI
- Kes disyaki hantavirus kini sedang menjalani pengesahan oleh kementerian kesihatan.
- Indonesia merekodkan 23 kes disahkan antara 2024 hingga 2026 dengan tiga kematian.
- Kerajaan berkoordinasi dengan WHO untuk memperkukuh saringan dan pengesanan awal.
“Dua kes disyaki kini sedang menjalani pengesahan,” dedah Ketua Biro Komunikasi dan Maklumat Awam kementerian itu, Aji Muhawarman.
Indonesia merekodkan 23 kes disahkan antara 2024 hingga 2026 dengan tiga kematian, katanya.
Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin berkata kerajaan telah berkoordinasi dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi memperkukuh saringan dan pengesanan awal.-Bernama