
BEIRUT, 7 Mei- Gambar tular di media sosial menunjukkan seorang tentera Israel menghina simbol agama Kristian dengan meletakkan rokok pada patung Virgin Mary di sebuah lokasi di Debl, selatan Lubnan telah mencetuskan kecaman global.
- Patung Jesus dilaporkan dirosakkan dengan tukul besi, didakwa dilakukan oleh tentera zionis.
- Seorang biarawati Perancis diserang di Baitulmaqdis; mengalami lebam kepala dan kecederaan, direkam dalam video.
- Laporan menunjukkan peningkatan gangguan terhadap komuniti Kristian dan simbol di tanah haram Israel.
Insiden biadab tersebut dipercayai berlaku di lokasi sama dengan kejadian terdahulu membabitkan sebuah patung Jesus yang dirosakkan dengan tukul besi oleh tentera zionis.
Sementara itu, dalam kejadian pada Khamis lalu, seorang biarawati Perancis mengalami lebam di kepala dan kecederaan lain selepas diserang oleh penduduk Israel di Baitulmaqdis.
Rakaman video menunjukkan pelaku menghampiri mangsa dari arah belakang dan menolaknya hingga jatuh ke tanah, sebelum menendang mangsa berulang kali tanpa sebab.

Konsulat Jeneral Perancis di Baitulmaqdis turut menuntut agar lelaki berkenaan dibawa ke muka pengadilan.
Religious Freedom Data Center merekodkan peningkatan insiden gangguan terhadap komuniti Kristian, simbol dan institusi Kristian di kawasan pendudukan haram Israel, dengan 181 kes direkodkan pada 2025 berbanding 107 kes pada 2024. -Viory