Tanah runtuh: Ratusan penduduk dipindah ke pusat perlindungan sementara

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat perlindungan sementara dibuka di tiga hotel di pekan Gyirong; pemindahan bermula Rabu dan Khamis lalu.
  • Setiap pusat dilengkapi kemudahan asas dan menempatkan pasukan perubatan dua hingga empat petugas.
  • Jabatan Pengurusan Kecemasan melaporkan tujuh maut dan 554 masih hilang setakat 1 pagi Sabtu.
  • Seramai 2,141 anggota penyelamat dan 86 pakar dikerahkan; pasukan periksa risiko geologi dan pos pemantauan lima orang ditubuh.

CHINA, 29 Ogos – Kira-kira 300 penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan sementara selepas kejadian tanah runtuh melanda pelabuhan sempadan Gyirong di Kaunti Gyirong, wilayah Autonomi Xizang di barat daya China.

Pusat perlindungan sementara dibuka di tiga hotel di pekan Gyirong dengan proses pemindahan bermula sejak Rabu dan Khamis lalu.

Menurut pegawai tempatan, selain dilengkapi kemudahan asas, pasukan perubatan yang terdiri daripada dua hingga empat petugas kesihatan turut ditempatkan di setiap perlindungan berkenaan.

Tambah beliau, tiada penduduk yang dipindahkan dilapor cedera, setakat ini.

Lima anggota daripada kerajaan wilayah turut ditugaskan sepanjang masa di pusat perlindungan tersebut termasuk menguruskan pengagihan makanan dan bekalan.

Menurut Jabatan Pengurusan Kecemasan Wilayah, kejadian tanah runtuh berlaku di bahagian Nepal itu mengorbankan tujuh nyawa dan 554 orang lagi masih hilang setakat 1 pagi Sabtu waktu tempatan.

Seramai 2,141 anggota penyelamat dan 86 pakar daripada pelbagai bidang sumber asli serta bidang berkaitan dikerahkan ke kawasan bencana.

Pasukan keselamatan itu mempergiat pemeriksaan terhadap risiko geologi di kawasan cerun, jalan raya dan zon kritikal lain di sekitarnya menggunakan peralatan khusus.

Sebuah pos pemantauan yang dianggotai lima orang turut ditubuhkan untuk memantau tasik sekatan secara berterusan serta mengambil langkah berjaga-jaga sebarang kemungkinan risiko bencana susulan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.