Serangan kuil : Dua etnik Uyghur dijatuhi hukuman mati

Kedua-dua tertuduh telah melakukan satu perbuatan yang melanggar pelbagai undang-undang

BANGKOK, 11 Jun – Dua individu etnik Uyghur dijatuhi hukuman mati akibat melakukan serangan di sebuah kuil di sini yang meragut 20 nyawa pada 2015.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mahkamah mensabitkan Yusufu Mieraili dan Bilal Mohammed atas pertuduhan jenayah terancang dan cubaan membunuh berkaitan penanaman bom di kuil Erawan.
  • Seorang daripada panel empat hakim menegaskan kedua-dua tertuduh melakukan perbuatan yang melanggar pelbagai undang-undang.
  • Mahkamah menjatuhkan hukuman mati, hukuman paling berat yang diperuntukkan di bawah undang-undang.
  • Perbicaraan berlangsung hampir sepuluh tahun kerana kelewatan akibat Covid-19 dan masalah mendapatkan jurubahasa.

Mahkamah Thailand mensabitkan Yusufu Mieraili dan Bilal Mohammed bersalah atas pertuduhan melakukan jenayah terancang dan cubaan membunuh selepas menanam bom di kuil Erawan yang menjadi tarikan pelancong pada Ogos 2015.

Seorang daripada panel empat hakim ketika membacakan penghakiman menegaskan, kedua-dua tertuduh telah melakukan satu perbuatan yang melanggar pelbagai undang-undang.

Mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh menafikan semua pertuduhan terhadap mereka yang dibicarakan pada 2016.

Perbicaraan berlarutan hampir 10 tahun berikutan berdepan pelbagai kelewatan akibat pandemik Covid-19 serta masalah mendapatkan jurubahasa.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.