Serangan Amerika : Tiga anak kapal warga India maut

Mayat kesemua mangsa telah ditemukan dan dikenal pasti/Foto REUTERS

NEW DELHI, 11 Jun – Tiga anak kapal warga India maut dalam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas sebuah kapal dagang di luar pesisir pantai Oman, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kapal membawa 24 anak kapal; 21 berjaya diselamatkan.
  • Kerajaan mengecam serangan dan memantau operasi mencari serta menyelamat bersama pihak berkuasa Oman.
  • New Delhi anggap serangan ke atas perkapalan sangat membimbangkan, dipautkan kepada konflik berterusan di Asia Barat.

Menteri Perkapalan India, Sarbananda Sonowal memaklumkan, ketiga-tiga mangsa bekerja di atas kapal komersial MT Settebello yang berdaftar di bawah bendera Palau.

Kesemua mangsa telah dilaporkan hilang sebelum disahkan meninggal dunia selepas mayat mereka ditemukan dan dikenal pasti.

Kapal berkenaan membawa 24 anak kapal dengan 21 daripada mereka berjaya diselamatkan.

Terdahulu, kerajaan India mengutuk serangan ke atas kapal berkenaan dan memantau keadaan semasa dengan pihak berkuasa Oman dalam operasi mencari dan menyelamat.

Serangan ke atas perkapalan di rantau itu disifatkan New Delhi sebagai “sangat membimbangkan” dengan menyatakannya akibat langsung daripada konflik yang berterusan di Asia Barat.

Pada Isnin, sebuah kapal tangki berbendera Palau, MT Marivex dilapor diserang oleh Tentera Laut AS susulan ketegangan yang kembali meruncing antara Iran dan Amerika.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.