
WASHINGTON, 20 Mei – Amerika Syarikat pada Selasa mendakwa rundingan dengan Iran menunjukkan perkembangan yang baik.
- JD Vance berkata Washington bersedia sepenuhnya memulakan semula operasi ketenteraan jika tiada perjanjian dicapai.
- Presiden Trump hampir mengarahkan serangan baru dan memberi Tehran dua atau tiga hari untuk mencapai persetujuan.
- Vance menegaskan Iran tidak boleh memiliki senjata nuklear.
- Vance pernah mengetuai delegasi AS ke Pakistan pada April; rundingan itu gagal menghasilkan perjanjian.
Naib Presidennya, JD Vance berkata, Washington bersedia sepenuhnya untuk melancarkan semula operasi ketenteraan sekiranya tiada perjanjian dicapai.
Kenyataan Vance dibuat beberapa jam selepas Presiden Donald Trump menyatakan beliau hampir mengarahkan serangan baharu dan memberi Tehran dua atau tiga hari untuk mencapai persetujuan.
“Banyak kemajuan positif sedang dicapai, tetapi kami akan terus berusaha ke arah itu, dan akhirnya sama ada kami mencapai perjanjian atau tidak,” kata Vance dalam taklimat kepada media di White House.
Tegas Vance, Iran perlu menerima hakikat bahawa negara itu tidak boleh memiliki senjata nuklear.
“Kedudukan kami ketika ini agak baik, tetapi ada pilihan kedua dan pilihan kedua itu ialah kami boleh memulakan semula kempen ketenteraan.
“Kami bersedia sepenuhnya. Kami tidak mahu mengambil jalan itu, tetapi presiden bersedia dan mampu untuk melakukannya jika perlu,” kata Naib Presiden AS itu.
Vance pernah mengetuai delegasi AS ke Pakistan pada April bagi rundingan yang gagal menghasilkan sebarang perjanjian. -AFP