Ratusan penduduk terpaksa dipindahkan akibat kebakaran

Lebuh raya utama turut ditutup akibat asap tebal / Foto AFP

ISTANBUL, 30 Julai – Pasukan bomba giat menjalankan operasi pemadaman kebakaran hutan berhampiran kawasan peranginan di selatan Turkiye, yang memaksa ratusan penduduk dipindahkan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kementerian Pertanian mengerahkan ratusan anggota bomba untuk memadamkan kebakaran terbesar di wilayah Mugla.
  • Lebuh raya utama antara Antalya dan Fethiye ditutup kerana asap tebal.
  • Akses ke tapak bersejarah di wilayah Antalya turut ditutup.
  • Presiden Erdogan melaporkan kira-kira 90 kebakaran di seluruh negara, 81 berjaya dikawal.

Kementerian Pertanian memaklumkan ratusan anggota bomba dikerah bagi memadamkan kebakaran terbesar di wilayah Mugla.

Laporan media menyatakan lebuh raya utama yang menghubungkan bandar pelancongan Antalya dengan pusat peranginan pantai Fethiye ditutup akibat asap tebal.

Stesen televisyen NTV pula melaporkan akses ke tempat bersejarah di wilayah Antalya turut ditutup.

Menurut Pejabat Gabenor Wilayah Mugla, kebakaran bermula di kawasan tanah pertanian sebelum merebak ke kawasan hutan dan sebagai langkah berjaga-jaga, lebih 200 penduduk serta pesakit-pesakit di sebuah hospital telah dipindahkan.

Dalam pada itu, satu lagi kebakaran besar dilaporkan berlaku di wilayah Balikesir.

Sementara itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan memaklumkan kira-kira 90 kebakaran dilaporkan berlaku di seluruh negara, dengan 81 daripadanya berjaya dikawal. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.