Penjaga gol Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza

Penjaga gol Palestin, Saleem Al-Ashqar/Foto Media Sosial

ATLANTA, 2 Julai – Penjaga gol Palestin, Saleem Al-Ashqar terbunuh awal minggu ini di Gaza dalam serangan tentera Israel, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA).

RINGKASAN BERITA AI
  • Persatuan Bola Sepak Palestin mengesahkan beliau terbunuh akibat tembakan tentera Israel.
  • Beliau antara ratusan penggiat sukan yang terkorban, termasuk lebih 1,000 atlet sejak Oktober 2023.
  • Pemergiannya mengundang duka, isteri hamil, dan komuniti sukan menuntut keadilan serta keamanan.

PFA memaklumkan Al-Ashqar terbunuh akibat tembakan yang dilepaskan oleh tentera pendudukan Israel.

Menurut persatuan itu, beliau merupakan antara ratusan penggiat sukan Palestin yang terkorban, termasuk lebih 1,000 atlet Palestin, sejak Oktober 2023.

Al-Ashqar mendirikan rumah tangga lima bulan lalu dan isterinya kini sedang hamil anak pertama mereka.

Pemergiannya mencetuskan gelombang kesedihan dalam kalangan ahli keluarga, rakan sepasukan serta komuniti sukan Palestin dan antarabangsa.

“Kami amat berdukacita atas pemergian tragis penjaga gol Palestin berusia 32 tahun, Salim Al-Ashqar.

“Beliau terbunuh di tangan tentera Israel. Kami amat sedih melihat insiden seumpama ini terus berlaku dan menyeru agar keadilan serta keamanan ditegakkan,” menurut kelab bola sepak Chile, Deportivo Palestino pada Rabu.-Bernama

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.