Pelucutan senjata Hamas boleh bermula dalam tempoh 30 hari – Kushner

Utusan Presiden AS, Jared Kushner/ Foto REUTERS

TEL AVIV, 18 Ogos – Proses pelucutan senjata Hamas serta pelaksanaan pelan damai Gaza boleh dimulakan dalam tempoh sebulan, kata utusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, Jared Kushner.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerja menimbus terowong di Gaza dijangka selesai dalam 60 hingga 90 hari, menurut Kushner.
  • Kemajuan boleh dicapai dalam masa terdekat, tetapi memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak.
  • Kushner mengadakan pertemuan hampir empat jam dengan Perdana Menteri Israel, dan rundingan langsung dengan Hamas di Mesir.

“Kita mungkin melihat kemajuan dalam tempoh 30 hari sahaja, mudah-mudahan bermula dengan mengeluarkan sebahagian senjata,” kata Kushner kepada Fox News, di sini.

Beliau juga optimis, kerja menimbus terowong di Gaza yang didakwa dibina oleh Hamas untuk mengekalkan operasi ketenteraannya selain untuk menyeludup bekalan boleh dilaksanakan dalam tempoh 60 hingga 90 hari akan datang.

“Kemajuan boleh dicapai dalam masa terdekat, namun kita memerlukan kerjasama daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Terdahulu, Kushner yang merupakan menantu Trump mengadakan pertemuan hampir empat jam bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis, sehari selepas mengadakan rundingan secara langsung dengan Hamas di Mesir. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.