Pelancong Kanada ditemukan maut, dikerumuni anjing dingo

FOTO REUTERS

K’GARI, 20 Januari – Polis Australia pada Isnin memaklumkan mereka sedang menyiasat kematian seorang pelancong wanita dari Kanada selepas mayatnya ditemukan di Pulau K’gari, yang sebelum ini dikenali sebagai Fraser Island, dikelilingi sekumpulan anjing liar ding.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat pelancong wanita Kanada ditemui di Pulau K’gari dikelilingi sekumpulan dingo.
  • Wanita 19 tahun dilaporkan pergi berenang awal pagi berhampiran Maheno Wreck sebelum ditemui.
  • Polis menyiasat punca kematian termasuk kemungkinan lemas, serangan atau faktor lain.

Menurut polis, wanita berusia 19 tahun itu dilaporkan pergi berenang pada awal pagi berhampiran Maheno Wreck, salah satu destinasi pelancongan popular di pulau berkenaan, sebelum mayatnya ditemui oleh dua orang awam yang kemudiannya menghubungi perkhidmatan kecemasan.

“Kami akan meneliti sama ada mangsa mungkin lemas, diserang, atau faktor-faktor lain yang akan menjadi sebahagian daripada siasatan,” kata Inspektor Polis Queensland, Paul Algie, kepada pemberita.

Algie turut memaklumkan wanita muda itu berada di Australia bagi tujuan percutian sambil bekerja.- REUTERS