ISTANBUL, 12 November – Turkiye mengesahkan kesemua 20 individu yang berada dalam pesawat kargo tentera C-130 yang terhempas di Georgia, terkorban.
RINGKASAN BERITA AI
- Kesemua 20 anggota tentera dalam pesawat kargo C-130 dilaporkan terkorban, termasuk kru.
- Gambar mangsa dikongsi Menteri Pertahanan Yasar Guler melalui muat naik di platform X.
- Punca nahas masih disiasat; pesawat hilang dari radar selepas memasuki ruang udara Georgia tanpa isyarat kecemasan.
Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan memaklumkan kesemua yang terkorban itu termasuk kru.
Gambar kesemua mangsa korban dikongsi Menteri Pertahanan, Yasar Guler menerusi muat naik di platform X.
Pihak berkuasa Turkiye juga memaklumkan, punca insiden masih dalam siasatan.
Pesawat berkenaan, dilaporkan terhempas di Sighnaghi iaitu kira-kira lima kilometer dari sempadan Azerbaijan.
Pusat kawalan trafik udara Georgia memaklumkan pesawat itu hilang daripada radar selepas memasuki ruang udaranya “tanpa menghantar isyarat kecemasan”.-AFP