MANILA, 12 November – Pihak berkuasa Filipina mengesahkan angka kematian akibat dua taufan, meningkat kepada 259 korban.
RINGKASAN BERITA AI
- Jumlah korban meningkat kepada 259 orang akibat dua taufan yang melanda Filipina.
- Taufan Fung-wong menyebabkan sekurang-kurangnya 27 maut dan dua orang masih hilang.
- Taufan Kalmaegi (4 November) mengakibatkan 232 kematian, 112 hilang, dan lebih 500 cedera.
- Wilayah Cebu tercatat sebagai kawasan paling terjejas, termasuk kesan susulan gempa 30 September.
- Ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal dan infrastruktur utama rosak teruk.
Sekurang-kurangnya 27 maut, manakala dua lagi masih hilang akibat taufan Fung-wong, Ahad lepas.
Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Negara (NDRRMC) dalam laporan berasingan turut memaklumkan, Taufan Kalmaegi pada 4 November lepas yang mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh telah mengorbankan 232 orang, 112 lagi hilang dan lebih 500 yang lain cedera.
Kebanyakan angka kematian, dilaporkan berlaku di wilayah Cebu yang turut terjejas susulan gempa bumi, 30 September lepas.
Bencana alam itu, mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal dan menjejaskan infrastruktur utama. -AFP