PARIS, 12 November – Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberi amaran bahawa negara-negara Eropah bakal bertindak balas terhadap sebarang rancangan Israel untuk mengambil alih Tebing Barat.
- Macron menggesa tindak balas bersama Eropah terhadap sebarang rancangan Israel mengambil alih Tebing Barat.
- Kedua pemimpin menegaskan pengambilan wilayah itu mesti ditangani dengan tegas bersama rakan Eropah.
- Perancis dan Palestin setuju tubuhkan jawatankuasa bersama serta Perancis ajukan draf Perlembagaan baharu.
Tindakan berkenaan, disifatkan melampaui batas yang tidak boleh diterima dan telah dibincangkan secara bersama dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam pertemuan dua hala.
“Rancangan pengambilalihan sama ada secara sah atau tidak perlu ditangani dengan tegas bersama-sama rakan-rakan Eropah”, kata Macron.
Dalam masa sama, beliau turut memberitahu hasil pertemuan itu juga menyaksikan kedua-dua pemimpin bersetuju untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bertujuan mengukuhkan Palestin.
Draf yang disediakan Perancis mengenai Perlembagaan baharu, telah dikemukakan kepada Palestin. – AFP