Gunung berapi Mayon di Filipina meletus, amaran tahap tiga dikeluarkan

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina menaikkan amaran Tahap Dua kepada Tahap Tiga susulan letusan gunung berapi Mayon pada pagi Jumaat / Foto AFP

FILIPINA, 30 Oktober – Gunung berapi Mayon di wilayah Albay, Filipina meletus pada pagi Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letusan dikategorikan sebagai letusan eksplosif sederhana oleh Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
  • Rakaman video menunjukkan kepulan abu tebal keluar dari kawah dan merebak ke ruang udara sekitarnya.
  • Institut menaikkan tahap amaran daripada Tahap Dua kepada Tahap Tiga; Tahap Lima ialah tahap amaran tertinggi.
  • Gunung berapi terletak kira-kira 500 kilometer di tenggara Manila.

Menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina, letusan itu dikategorikan sebagai letusan eksplosif sederhana.

Rakaman video menunjukkan, kepulan abu tebal menyembur keluar dari kawah gunung berapi, sebelum merebak ke ruang udara sekitarnya.

Susulan itu, institut tersebut menaikkan tahap amaran daripada Tahap Dua kepada Tahap Tiga, dengan Tahap Lima merupakan tahap amaran tertinggi.

Gunung berapi berkenaan terletak kira-kira 500 kilometer di tenggara Manila.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.