
BAGHDAD, 8 JUN – Iraq dan Syria menutup ruang udara sebagai langkah berjaga-jaga susulan serangan peluru berpandu Iran di Israel.
- Berkuasa Penerbangan Awam Iraq mengumumkan penutupan ruang udara selama 72 jam.
- Pihak berkuasa Syria menutup koridor udara selatan negara itu selama 12 jam.
- Serangan peluru berpandu Iran susulan tindakan Israel menyerang Beirut walaupun gencatan senjata dilaksanakan.
- Presiden AS Donald Trump menggesa Israel supaya tidak membalas dan akan menghubungi Benjamin Netanyahu.
Dalam satu kenyataan, pihak Berkuasa Penerbangan Awam Iraq melaporkan penutupan ruang udara Iraq selama 72 jam.
Manakala pihak berkuasa Syria dilapor telah menutup koridor udara selatan negara itu selama 12 jam.
Serangan Iran susulan tindakan Israel yang terus menyerang Beirut walaupun kedua-dua pihak sebelum ini melaksanakan gencatan senjata.
Pada masa sama, tentera negara haram itu turut mengebom Gaza setiap hari.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan Israel supaya tidak bertindak balas terhadap serangan Iran di Tel Aviv.
“Saya akan menghubungi Benjamin Netanyahu untuk menggesa supaya tidak membalas serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel.
“Kedua-dua pihak saling berbalas serangan dan saya rasa kita tidak perlu melihat ketegangan itu berlarutan, “kata Trump