
HAVANA, 4 Ogos – Grid elektrik Cuba sekali lagi lumpuh ketika pihak berkuasa berusaha memulihkan bekalan elektrik selepas berlaku gangguan bekalan di seluruh negara, pada Ahad.
- Sistem bekalan elektrik semakin usang dan kekurangan pelaburan menyebabkan gangguan bekalan semakin kerap.
- Syarikat utiliti milik kerajaan giat memulihkan bekalan tetapi cuaca buruk menjejaskan usaha pemulihan.
- Perkembangan positif: empat unit penjana Energas Jaruco beroperasi dan beberapa pencawang sekitar Hawana menerima bekalan.
- Gangguan berulang menjejaskan kediaman, perniagaan dan perkhidmatan awam, menambah tekanan pada kerajaan yang menghadapi kemerosotan ekonomi.
Laporan media kerajaan memaklumkan insiden itu berlaku ketika negara berdepan tekanan infrastruktur tenaga.
“Gangguan bekalan elektrik yang kedua dalam tempoh kurang sehari menunjukkan sistem bekalan elektrik yang semakin usang serta kekurangan pelaburan yang berterusan sehingga mengakibatkan berjuta-juta rakyat terdedah dengan gangguan bekalan yang semakin kerap.
“Syarikat utiliti elektrik milik kerajaan turut giat meneruskan usaha memulihkan bekalan, namun keadaan cuaca buruk telah menjejaskan proses pemulihan,”lapor wartawan Lazaro Manuel Alonso.
Bagaimanapun, pihak berkuasa melaporkan terdapat beberapa perkembangan positif pemulihan bekalan elektrik itu dengan empat unit penjanaan Energas Jaruco telah beroperasi dan beberapa pencawang sekitar Hawana telah menerima bekalan.
Gangguan bekalan elektrik yang berulang menjejaskan kediaman, perniagaan serta perkhidmatan awam di Pulau Caribbean yang mempunyai kira-kira 10 juta penduduk.
Senario itu menambah tekanan terhadap kerajaan yang telah berdepan kemerosotan ekonomi yang berlarutan sejak beberapa tahun. – REUTERS