Sektor pertahanan diperkukuh Jepun sokong kemakmuran ekonomi

Pelaburan dalam bidang pertahanan beri kesan positif kepada ekonomi secara keseluruhan / Foto REUTERS

TOKYO, 4 Ogos – Jepun menyatakan kesediaan untuk memperkukuh sektor pertahanan sebagai menyokong kemakmuran ekonomi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Jepun bersedia memperkukuh sektor pertahanan untuk menyokong kemakmuran ekonomi negara.
  • Kertas Putih menggesa pengeluaran kelengkapan ketenteraan meningkatkan teknologi, membiayai pemula dan gunakan komponen komersial.
  • Pakar ramal peningkatan belanjawan pertahanan bagi menghalang kemungkinan konflik berkaitan China dan Taiwan.

Menerusi Kertas Putih Pertahanan terbaharu, kerajaan memaklumkan pengeluaran peralatan ketenteraan berupaya membantu pertumbuhan ekonomi menerusi pembangunan teknologi dan industri.

Laporan berkenaan turut mencadangkan Jepun untuk menggunakan lebih banyak teknologi moden, membiayai syarikat pemula serta menggabungkan komponen komersial dalam pengeluaran sistem pertahanan.

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan, pelaburan dalam bidang pertahanan memberi kesan positif kepada ekonomi secara keseluruhan dan kehidupan rakyat, selari dengan dasar Perdana Menteri, Sanae Takaichi untuk menyediakan strategi keselamatan negara terbaharu.

Pakar menjangkakan strategi berkenaan membawa kepada peningkatan dalam bajet pertahanan terutamanya bagi menghalang kemungkinan konflik melibatkan China dan Taiwan yang berupaya menjejaskan Jepun.

Tokyo menyifatkan aktiviti ketenteraan Beijing sebagai cabaran kepada Jepun. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.