Duterte cabar kuasa ICC, keputusan diumum pada Rabu

Foto fail Rodrigo Duterte/ REUTERS

THE HAGUE, 21 April – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dijangka membuat keputusan pada Rabu (22 April) mengenai rayuan bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang mempersoalkan sama ada mahkamah itu mempunyai kuasa untuk membicarakan kes jenayah kemanusiaan terhadapnya.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pada Oktober 2025 hakim ICC menolak cabaran Duterte, memutuskan mahkamah mempunyai bidang kuasa walaupun Filipina menarik diri pada 2018.
  • Hakim menyatakan bidang kuasa kerana dakwaan jenayah berlaku semasa Filipina masih ahli ICC.
  • Duterte memohon mengetepikan hak hadir ke prosiding tanpa memberikan alasan.
  • Beliau ditahan dan dibawa ke The Hague sejak Mac tahun lalu berikutan waran tangkap berkaitan pembunuhan semasa perang terhadap dadah 2016-2022; pihak berkuasa menafikan dakwaan.

Pada Oktober 2025, hakim ICC menolak cabaran Duterte dengan memutuskan mahkamah tersebut mempunyai kuasa untuk mendengar kes berkenaan, meskipun Filipina menarik diri daripada Rome Statute pada 2018.

Hakim menyatakan mahkamah masih mempunyai bidang kuasa kerana kesalahan yang didakwa berlaku ketika Filipina masih menjadi anggota ICC.

Duterte turut memohon untuk mengetepikan haknya bagi hadir ke prosiding tersebut tanpa memberikan sebarang alasan.

Beliau tidak pernah hadir secara peribadi di mahkamah sejak ditahan dan dibawa ke The Hague pada Mac tahun lalu, susulan waran tangkap yang mengaitkannya dengan pembunuhan sepanjang kempen “perang terhadap dadah” ketika memegang jawatan dari 2016 hingga 2022.

Kempen tersebut merupakan dasar utama beliau selepas memenangi pilihan raya pada 2016 dengan manifesto untuk membanteras jenayah, termasuk menghapuskan pengedar dadah.

Kumpulan hak asasi manusia mendakwa polis Filipina serta anggota sukarelawan yang mengawasi keamanan di sesuatu kawasan yang bertindak bawah arahan pihak tertentu telah membunuh suspek dadah yang tidak bersenjata secara besar-besaran sepanjang pentadbiran Duterte, namun dakwaan itu dinafikan pihak berkuasa.- REUTERS