
HAVANA, 15 Mei – Cuba isytihar telah kehabisan bahan api termasuk mengalami gangguan bekalan elektrik susulan sekatan berterusan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
- Lawatan Ketua CIA John Ratcliffe ke Cuba mencerminkan peningkatan hubungan antara Washington dan Havana.
- Menteri Tenaga Vicente de la O Levy berkata sekatan AS menyebabkan impak teruk kepada ekonomi dan bekalan negara.
- Pentadbiran Trump berusaha mendakwa Raul Castro, Cuba berharap lawatan Ratcliffe meredakan ketegangan dan menegaskan tidak sokong tindakan bermusuhan.
Perkara itu disahkan Ketua Agensi Perisikan Pusat (CIA), John Ratcliffe, ketika melawat Cuba pada Khamis.
Lawatan itu menunjukkan peningkatan luar biasa dalam hubungan antara Washington dan Havana ketika pulau yang dikendalikan oleh komunis itu bergelut dengan tekanan daripada AS.
Dalam pada itu, menurut Menteri Tenaga, Vicente de la O Levy, kesan sekatan berkenaan menyebabkan impak teruk kepada Cuba.
“Minyak telah habis menyaksikan kesan sekatan itu sememangnya menyebabkan kita mudarat kerana kita masih tidak menerima bahan api,” jelas Levy.
Trump sebelum ini berulang kali memberi isyarat bahawa mahu menjatuhkan kerajaan komunis di Cuba.
Pentadbiran Trump juga berusaha untuk mendakwa Raul Castro, abang kepada mendiang pemimpin komunis Cuba, Fidel Castro.
Bagaimanapun, Cuba menjangkakan lawatan Ratcliffe sebagai peluang untuk meredakan ketegangan.
“Pertemuan berkenaan menyumbang kepada dialog politik antara kedua-dua negara,” menurut kenyataan kerajaan Cuba.
“Cuba tidak pernah menyokong sebarang aktiviti bermusuhan terhadap AS dan tidak akan membenarkan tindakan terhadap mana-mana negara lain dilakukan dari Cuba,” tegasnya, merujuk kepada dakwaan kehadiran China.- AFP