
IRAN, 6 Jun – Tentera Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya memintas beberapa peluru berpandu balistik dan dron yang dilancarkan oleh Iran ke arah Selat Hormuz dan rantau Teluk.
- CENTCOM kata tindakan susulan selepas Iran melancarkan tujuh peluru berpandu ke arah Kuwait dan Bahrain.
- Insiden berlaku beberapa jam selepas AS menembak jatuh empat dron serangan sehala Iran di Selat Hormuz.
- Dron berkenaan digelar ancaman kepada keselamatan lalu lintas maritim antarabangsa di rantau itu.
- AS melancarkan serangan balas ke atas tapak radar pantai di Goruk dan Pulau Qeshm; Iran sahkan serangan udara ke Sirik dan Qeshm.
Menurut kenyataan Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM) pada Jumaat, tindakan ketenteraan itu menyusul selepas Iran melepaskan tujuh peluru berpandu balistik ke arah Kuwait dan Bahrain, beberapa jam selepas AS menembak jatuh empat dron serangan sehala Iran di Selat Hormuz.
Dron-dron berkenaan disifatkan membawa ancaman kepada keselamatan lalu lintas maritim antarabangsa di rantau berkenaan.
“Sebagai langkah mempertahankan diri dan menyekat serangan lanjut, tentera AS kemudiannya melancarkan serangan balas ke atas tapak radar pengawasan pantai Iran yang terletak di Goruk dan Pulau Qeshm.
“Penilaian awal menunjukkan enam daripada peluru berpandu yang dilancarkan oleh Iran berjaya dipintas, manakala peluru berpandu ketujuh gagal mencapai sasaran yang ditetapkan,” menurut kenyataan CENTROM.
Dalam perkembangan sama, pihak tentera Iran mengesahkan bahawa AS telah melaksanakan serangan udara ke atas Pulau Sirik dan Pulau Qeshm pada awal pagi Sabtu waktu tempatan. -REUTERS