Kemudahan akses beribadat bagi OKU bakal diperluas

Foto BERNAMA 

GOMBAK, 6 Jun – Kemudahan akses beribadat dan mempelajari ilmu agama bagi Orang Kurang Upaya (OKU) akan diperluas bagi golongan berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Garis panduan inklusif Pelan Tindakan OKU Muslim 2024-2028 dibangunkan untuk rujukan masjid dan surau, merangkumi pelbagai kategori OKU.
  • Draf garis panduan telah siap dan sedang dimurnikan dengan persetujuan serta input pakar termasuk pejabat mufti.
  • Beberapa lokasi dikenalpasti untuk menambah kelas KAFA di sekolah pendidikan khas serta melatih guru berkemahiran mendidik murid OKU.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Hasan Zulkifli berkata di bawah Pelan Tindakan OKU Muslim 2024-2028, garis panduan yang lebih inklusif dan menyeluruh sedang giat dibangunkan untuk dijadikan rujukan di masjid-masjid dan surau.

“Garis panduan ini mengambil kira pelbagai kategori OKU itu sendiri bukan hanya kategori fizikal tetapi juga kategori yang lain.

“Contohnya seperti pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan sebagainya. Drafnya sudah siap cuma kita ingin murnikan lagi supaya ia benar-benar padu ataupun tepat.

“Kita telah mendapat persetujuan daripada pakar-pakar termasuklah dari pejabat mufti,” katanya.

Tambahnya, beberapa lokasi juga telah dikenalpasti bagi menambah keperluan Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah-sekolah Pendidikan Khas selain melatih guru-guru agar berkemahiran mendidik murid OKU.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku “Autisme Bukan Ciptaan Rosak” hasil karya Nur Arif Jasmin, seorang mahasiswa autisme yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Phd) di UIAM.

Naskhah berkenaan bakal membuka mata masyarakat tentang realiti, cabaran dan keindahan dunia

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.