Jaslinda cedera ringan akibat jatuh sungai, cerun – Bomba

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad. Foto RTM.

TAPAH, 6 Jun – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang ditemukan selamat di Kampung Lubuk Gaharu mengalami kecederaan ringan selepas hampir dua minggu tersesat di kawasan hutan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jaslinda mengalami kecederaan ringan termasuk kesan gigitan serangga dan luka kepala akibat beberapa kali terjatuh di sungai dan cerun curam.
  • Keadaan mangsa stabil; dibawa keluar menggunakan unit EMRS JBPM dan kini menerima rawatan lanjut di bawah Kementerian Kesihatan.
  • Operasi mencari berjaya melalui koordinasi JBPM, polis, Jabatan Perhutanan, malim gunung dan komuniti meskipun bergerak mangsa menyukarkan pengesanan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kecederaan dialami termasuk kesan gigitan serangga serta luka ringan akibat beberapa kali terjatuh di kawasan sungai dan cerun curam.

Menurutnya, keadaan mangsa adalah stabil dan masih menerima rawatan lanjut selepas dibawa keluar menggunakan unit EMRS JBPM sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan.

“Jaslinda mengalami kecederaan kecil seperti digigit oleh unggas-unggas seperti agas dan sebagainya. Ada sedikit kecederaan di kepala akibat jatuh beberapa kali yang dimaklumkan di sungai, Jaslinda naik balik dan jatuh dua kali setinggi lima meter dan tiga meter. Itu yang dimaklumkan Jaslinda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Hospital Tapah.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan operasi mencari dan menyelamat pendaki hilang itu sebagai contoh kejayaan koordinasi bersepadu melibatkan JBPM, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan, malim gunung serta komuniti setempat.

Menurutnya, kerjasama erat semua agensi membolehkan operasi dijalankan secara tersusun melalui pembahagian sektor pencarian serta perkongsian
maklumat di lapangan.

Bagaimanapun, cabaran utama adalah pergerakan mangsa yang tidak menentu di kawasan hutan tebal, sekali gus menyukarkan pengesanan walaupun operasi
udara turut digerakkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.