PRN Johor: Rundingan kerusi PH selesai, dimuktamad Pengerusi

Foto BERNAMA

BATU PAHAT, 6 Jun – Rundingan kerusi antara parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sudah selesai, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan akhir pembahagian kerusi tertakluk kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • PH perlu menumpukan kepada aspek logistik, kekuatan jentera dan penyampaian mesej yang berkesan.
  • PH mengangkat pendekatan "We Are All Together" bagi kerjasama lintas kaum untuk pembangunan negara dan negeri.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata bagaimanapun keputusan akhir berhubung perkara itu tertakluk kepada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Selagi belum disahkan, apa-apa pun boleh berlaku lagi. Bagaimanapun sehingga tadi, rundingan kerusi telah kita selesaikan. Kita nak kena fokus aspek logistik, jentera dan menyampaikan mesej dengan baik,” katanya.

Beliau berucap demikian semasa Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PH Johor di sini.

Tambah Datuk Seri Saifuddin memberitahu PH membawa pendekatan politik “We Are All Together” yang bersama-sama semua kaum untuk bekerjasama bangunkan negara dan negeri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.