
BEIRUT, 6 Jun – Beberapa anggota tentera Lubnan termasuk seorang pegawai, terkorban dalam serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah kenderaan tentera di selatan negara itu pada Sabtu.
RINGKASAN BERITA AI
- Tentera Lubnan menyifatkan serangan di laluan Khardali-Nabatieh sebagai 'serangan ganas'.
- Insiden berlaku beberapa hari selepas kedua-dua negara mengumumkan persetujuan gencatan senjata bersyarat hasil rundingan di Amerika Syarikat.
- Perjanjian gencatan senjata sebelum ini sepatutnya berkuat kuasa 17 April tetapi terus dicabuli.
- Kegagalan pelaksanaan gencatan senjata menimbulkan saling menuding jari antara kedua-dua pihak.
Tentera Lubnan menerusi satu kenyataan di platform X menyifatkan serangan di laluan Khardali–Nabatieh itu sebagai “serangan ganas”.
Insiden berkenaan berlaku hanya beberapa hari selepas kedua-dua negara mengumumkan persetujuan gencatan senjata bersyarat hasil rundingan di Amerika Syarikat (AS).
Terdahulu, satu perjanjian gencatan senjata bagi menamatkan konflik antara Israel dan Hizbullah sepatutnya berkuat kuasa pada 17 April lepas, namun ia terus dicabuli dengan kedua-dua belah pihak saling menuding jari atas kegagalan pelaksanaannya. -REUTERS